k Cerita Awek: Soal Keputihan Wanita

Monday, May 16, 2011

Soal Keputihan Wanita

Anda sering menderita keputihan? Jangan anggap masalah ini biasa atau ambil mudah,apalagi jika keputihan itu berbau dan berubah warna. Keputihan merupakan istilah awam untuk cairan yang keluar dari vagina /faraj. Cairan yang keluar dari faraj ada yang normal atau tidak normal . Nah yang tidak normal inilah yang membawa
SIMPTOM PENYAKIT.

Cairan faraj normal,memiliki ciri-ciri antara lain warnanya putih jernih, bila terlekat pada pakaian dalam berwarna kuning terang,kebiasaanya seperti lendir (kental), tidak berbau serta tidak menimbulkan gatal.
Pada ketika tertentu, memang terjadi peningkatan jumlah cairan berlebihan, namun hal itu bukan penyakit. Jumlah cairan faraj meningkat dalam keadaan peningkatan jumlah hormon pada sekitar masa haid atau saat hamil, rangsangan seksual, stress atau keletihan,pengamalan ubat-ubatan atau alat pencegah kehamilan.

Bilakah cairan faraj dikatakan tidak normal?

Iaitu jika jumlahnya lebih banyak dari biasa dan terus menerus muncul hingga terasa mengganggu, berbau hamis,busuk,bewarna putih susu, kuning tua, coklat,kehijauan bercampur darah.
Selain ciri di atas, cairan faraj yang tidak normal juga dirasai dengan menimbulkan rasa gatal panas atau disertai rasa sakit ketika buang air kecil atau berhubungan seksual.
Keputihan disertai gatal-gatal lazimnya adalah tanda jangkitan kuman. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan perubahan pada permukaan faraj serta pintu rahim (kemerahan, luka, peradangan dan seumpamanya), akibatnya anda mudah sakit pada bahagian terbabit. Malah ia juga boleh menjangkiti organ berhampiran seperti pundi kencing.
Kenapa keputihan tidak boleh diremehkan?
Zaman yang sudah maju dan akses informasi yang mudah,memungkinkan hampir setiap orang untuk mengatasi penyakit,kemudian mengubatinya sendiri.Tetapi yang sering terjadi adalah salah rawatan, salah ubat maka mengakibatkan semakin parahnya penyakit yang sudah ada.Bahayakan?
Hal ini sering terjadi kerana banyak perempuan merasa malu mengutarakan penyakit yang berhubungan dengan 'daerah sulit'ini.Malah mereka menganggap keputihan adalah hal wajar sehingga tidak perlu diubati. Banyak di antara kita yang belum menyedari bahawa keputihan boleh menjadi tanda awal dari penyakit yang lebih berat,hingga menyebabkan kemandulan atau kanser. Jika keputihan nampak 'tidak wajar', segera ke doktor perbidanan dan kandungan.
Jangan dibiarkan berlarut-larut ya!
Selain itu, anda juga dinasihatkan mengamalkan teknik mengelakkan jangkitan berlaku semula. Ini termasuk:
a) Mencuci atau mengelap kemaluan dari arah hadapan ke arah belakang dan bukan sebaliknya. Ia dapat mengelakkan kuman dari bukaan dubur yang terletak berhampiran memasuki faraj.
b) Lebih kerap menukar seluar dalam (terutamanya jika mudah berpeluh selepas melakukan aktiviti atau kerja).
c) Menggunakan pakaian dalam yang dibuat daripada kapas dan bukannya nilon.
d) Tidak perlu memasukkan jari ke dalam faraj sewaktu mencuci kemaluan/faraj .
e) Membasuh menggunakan air paip sahaja atau air yang bercampur sedikit garam. Jika menggunakan cecair pencuci wanita, pastikan ia dibilas dengan air yang banyak kerana lebihan sabun ini boleh mengeringkan faraj atau mengubah pH persekitarannya dan mengundang jangkitan lagi.
Petua Perawatan Keputihan:
1) Masukkan air putih didalam besen dan campurkan kedalam air 2 sudu besar garam kasar dan kacau . Kemudian cebok atau rendam faraj kedalam air ini.
Lakukan selama kira-kira 10 minit dua kali sehari. Kalau boleh lebih elok sekirannya mengunakan air suam.

2) Besen yang telah dicampur air + garam tadi diletakkan kedalam mangkuk
tandas kemudian duduk. (cari besen yang muat dengan mangkuk tandas )

Insya Allah, jangkitan dijangka sembuh dalam seminggu, peradangan faraj mungki mengambil masa lebih lama untuk kembali normal semula. Seeloknya anda mengelak hubungan seks ketika masih dalam rawatan.
Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan pada pasangan serta risiko jangkitan semula kepada anda. Ia juga dapat memberi masa untuk luka (jika ada) pada faraj sembuh.

No comments:

Post a Comment