Memberi sememangnya makruf lebih sukar daripada menerima. Memberi, punya nilai pengorbanan di situ. Korban akan menyebabkan kita kekurangan sesuatu. Contoh ada dua orang, terkorban seorang, maka tinggal satu. Begitulah duit, kita ada RM1000, kita beri pada orang lain RM500, maka kita hanya tinggal RM500 dan bukan lagi RM1000. Manusia, apabila memberi, dia akan teragak-agak kerana memikirkan kekurangan yang akan dia hadapi. Kekurangan ini, membuatkan manusia takut hendak memberi.Hal ini kerana, dia menganggap bahawa memberi sesuatu, sama dengan merugikan diri sendiri. Berbanding dengan menerima yang hakikatnya dan kesannya berlawanan daripada memberi(maksudnya mendapat keuntungan), manusia tidak senang dan tidak ringan untuk memberi. Sebab itu, manusia lebih suka diberi dari dia yang memberi. Itu realiti, di mana-mana sahaja, setiap tempat dan masa. |
Wednesday, May 25, 2011
Ada gadis nak Melabur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment